Kalau korang nak beli hartanah (new property) dari pemaju korang wajib tetapkan awal-awal nak beli untuk duduk sendiri atau nak buat sebagai satu pelaburan. Strateginya berbeza mengikut apa yang korang nak.

Tapi kami nak bagi satu Tips Nak Beli Hartanah Bertingkat dari Pemaju. Cara baca Carta Residen (macam dalam gambar).

Korang boleh nampak sendiri setiap unit hartanah yang dah dibeli. Dekat sini apa yang korang boleh jangkakan?

  1. Mengikut carta ni unit yang paling bawah sekali masih tidak terjual.
  2. Unit dekat atas sekali (termasuk penthouse) semuanya laku keras dan dah ada pembeli.

Ini menandakan ramai yang beli hartanah jenis ni untuk duduk sendiri. Jadi hartanah dekat sini boleh dikatakan akan dipenuhi pembeli yang nak duduk sendiri.

Macam mana pula kalau hartanah belah atas kurang pembeli tapi belah bawah penuh dah sampai tak ada langsung kosong?

Itu tandanya yang beli ramai pelabur (tak duduk pun) dan mereka ni nak flip (siap sahaja rumah terus nak jual).

Apa sebab mereka beli paling bawah?

Sebab bila jual nanti harga rumah lebih kurang saja macam unit atas sekali (yang sama saiz). Mereka mestilah fikir nak untung dan tak kisah pun pemandangan cantik atau tak asalkan untung dapat banyak.

Ini disebabkan bank nilaikan hartanah dijual bukan ikutkan sangat pun hartanah tu tingkat berapa. Padahal masa beli, pemaju tetapkan lagi tinggi hartanah dibeli, nilai hartanah meningkat disebabkan pemandangan.

Contoh: (Kalau jual lepas 3 tahun)
Tingkat 20 masa beli = RM300,000
Tingkat 3 masa beli = RM245,000

Tingkat 20 masa jual = RM330,000
Tingkat 3 masa jual = RM320,000

Tingkat 20, RM330k-RM300 = RM30k
Tingkat 3, RM320k-RM245k = RM75k

UNTUNG 2 KALI GANDA

Jadi lepas ni korang boleh la terus datang galeri tengok terus Carta Residen ni dan boleh tahu dah yang datang beli ramai pelabur ke ramai yang memang nak duduk sendiri.

Senang saja tak susah pun