Macam Mana Untung RM80,000 dengan Belian Hartanah Secara Pukal dan Berkumpulan

Untuk pembangunan jenis baru (under construction) sememangnya ada diskaun bagi Belian Hartanah secara Pukal.

Mesti ada rebat dan pakej istimewa disediakan oleh pemaju bagi pembelian seperti ni.

Apa itu Belian Hartanah secara Pukal?
– Belian lebih daripada 3 (atau lebih) unit rumah bagi suatu projek rumah atas nama 3 atau lebih pembeli.

Setiap pembeli akan dapat unit masing-masing dengan syarat mereka beli secara bersama dengan menghantar wakil untuk berbincang dengan wakil pemaju.

Pembelian Secara Pukal memang tak akan diiklankan oleh pemaju dan mereka pun tak akan bagi tahu yang mereka terima juga belian secara pukal.

Dan ini contoh sebenar dari Pengalaman Super Ejen Faiz Ali

Contoh : Luxury Suites Jalan Tun Razak
Harga Asal: RM1,800 per kaki persegi
Bayaran Booking: RM20,000
Diskaun Bumiputera: 5%
Rebat: 5%
Rebat Unit Kosong: 5%
Harga Bersih: RM1,539.00 per kaki persegi

Jumlah Rebat sudah pun dapat 10% dari harga Asal.

Tapi bila ada Kumpulan Beli Secara Pukal yang nak terus 15 unit rumah, wakil akan berjumpa dengan wakil pemaju untuk bagi pakej yang lebih Cun (bnyak diskaun dan rebat).

Contoh : Luxury Suites Jalan Tun Razak
Harga Asal: RM1,800 per kaki persegi
Bayaran Booking: RM5,000 sahaja (jimat RM15,000)
Diskaun Bumiputera: 5%
Rebat: 5%
Rebat Unit Kosong: 5%
Rebat Belian Pukal : 5%
Harga Bersih: RM1,453.50 per kaki persegi

Beza? Memang berbeza
*Dapat Bayar Booking RM5,000 sahaja dari RM20,000 (jimat RM15,000 modal awal)
*Harga perkaki persegi turun dari RM1,539 ke RM1,453 (jimat RM86 perkaki persegi)

Nak lebih mudah faham, katakan luas rumah 1,000 kaki persegi dengan bayaran RM86 per kaki persegi. Anda JIMAT = RM86,000.

Siapa nak bagi diskaun mcm ni kan. Dan peluang untuk Permohonan Loan Rumah adalah lebih tinggi disebabkan korang hantar pada panel bank yang sama.

Apa lagi Kelebihan yang korang dapat?

  1. Urusan pembelian lebih mudah (sebab ada wakil yang arif dan bertauliah akan deal bagi Cun)
  2. Bayaran booking rendah (ada kes yang tak perlu bayar langsung)
  3. Bayaran deposit rendah (ini pun memang ada kes yang tak perlu bayar langsung)
  4. Boleh markup loan (katakan beli RM200k tapi tulis dalam SnP RM240k nanti beli dapat kunci terus anda akan dapat Cash = RM40k)
  5. Dapat je cashback RM40k boleh pilih untuk beli rumah seterusnya @ beli kereta secara tunai @ renovate rumah yang dah dibeli supaya jadi rumah idaman.

Untuk yang beli secara solo sebab tak ada kumpulan yang nak beli sekali, cuba tanya ejen hartanah bagi projek tu ada tak Kumpulan Belian Secara Pukal.

Kalau ada Kumpulan yang dilantik eksklusif oleh pemaju, mintak selitkan nama masuk dalam Kumpulan tersebut atau join bulkr.my

Jelas dan nyata bahawasanya lagi elok beli Hartanah dalm Pembinaan (Undercon) dalam Kumpulan. Walaupun kita berlainan fahaman dalam Pelaburan Hartanah, inilah masanya pemaju pula kena terima apa yang kita mintak sebab sekarang ni Pemaju pun Tersepit.