APAKAH PERKARA ASAS YANG PERLU DIKETAHUI DALAM MEMBELI TANAH LOT?

Pada akhir-akhir ini, jelas sekali isu dalam membeli tanah lot merupakan perbualan panas dalam kalangan pembeli-pembeli tanah khususnya pada mereka yang ingin mendirikan rumah. Jika tiada ilmu dalam urusan jual beli, tambahan lagi pembelian pertama  seseorang pembeli, peratusan untuk ditipu lebih dari 50%. Anda boleh rujuk portal rasmi Pejabat daerah / tanah Kuala Langat sebagai contoh, dimana ianya membuktikan perkara sedemikian amatlah dititikberatkan. Klik pautan ini http://www2.selangor.gov.my/kualalangat.php/pages/view/125 .
Sebagai contoh baru-baru ini, negara dihangatkan dengan isu Alfafa dimana, mereka menggunakan duit yang diberi oleh pembeli untuk diusahakan dan ini telah menimbulkan rasa syak wasangka samada ianya skim penipuan ataupun jual beli yang sah. Boleh baca artikel yang diambil dari http://gilahartanah.com/alfafa-jihad-ekonomi-melayu-atau-skim-penipuan-terancang/. Pelbagai lagi artikel yang boleh dirujuk dalam pembelian tanah lot seperti http://tanahkosong.com/30-fakta-sebelum-beli-lot-banglo/


Pelbagai panduan yang boleh diikuti dalam membeli tanah lot. Antaranya ialah :

kenalpasti individu/tuan tanah

  • Kenalpasti itu penting, supaya tidak berurusan dengan pihak ketiga dalam pembelian tanah, kerana harga tanah mungkin akan menjadi mahal daripada apa yang ditawarkan oleh tuan tanah.
  • Setelah kenalpasti, anda perlu tanya mengenai tanah tersebut seperti lokasi, saiz, harga, dan lain-lain

Melawat tapak lokasi

  • Setelah kenalpasti apa yang dikatakan tuan tanah, buat 1 temujanji untuk berjumpa dengan tuan tanah tersebut dan seeloknya berjumpa dilokasi tanah berkenaan untuk melihat sendiri tapak lokasi yang dikatakan itu untuk memastikan ianya betul atau tidak.

Apa yang perlu anda lihat semasa berjumpa dengan tuan tanah?

  • Geran
  • contoh geran

    Geran amat penting untuk mengetahui butiran mengenai tanah tersebut. Dari geran, pembeli boleh mengetahui nama tuan tanah tersebut, no lot, keluasan tanah tersebut dan jenis tanah tersebut. Pembeli yang bijak, boleh mendapatkan nombor lot dan membuat carian di pejabat tanah.


Sales and Purchase Agreement

  • Sekiranya anda bersetuju untuk membeli tanah tersebut, proses seterusnya ialah membayar booking atau deposit. Lantik seorang peguam dan pihak peguam perlu menyediakan perjanjian jual beli.
  • Perjanjian ini dilakukan antara pemilik tanah dan juga pembeli. Pelbagai kandungan yang ada didalam perjanjian ini, antaranya ialah prosedur pembayaran, syarat-syarat pembayaran, lokasi tanah, harga tanah, keluasan tanah, bayaran deposit, baki bayaran dan lain-lain. Ini semua untuk memastikan pihak pembeli akan berasa lebih terjamin dalam pembelian tersebut.

Antara contoh Surat Perjanjian Jual Beli

Dalam tempoh tertentu bagi membuat bayaran penuh dibuat, Sediakanlah ‘banker cheque’. Transfer atau membuat pembayaran secara tunai bagi membuat bayaran penuh dan penyaksian Pindah Milik pada hari yang sama di Pejabat tanah yang berkenaan dan terus didaftarkan permohonan tersebut.

Proses bagi mengeluarkan geran baru mengambil masa tidak lebih dari seminggu jika di Selangor, dan ianya bergantung kepada sesebuah negeri.

Akhir sekali, anda perlu minta salinan geran / surat ikatan amanah yang sudah didaftarkan dan juga pelan jurukur jika perlu. Tanah ini sudah menjadi milik anda kerana anda mempunyai dokumen yang sah. Anda kini bebas untuk membuat apa sahaja di atas tanah anda.