Pembinaan WCE Highway Hubung Banting – Shah Alam

Tajuk admin memang agak kasar , tapi itulah yang bakal terjadi setelah pembinaan WCE ( West Cost Express Highway ) yang bakal menghubungkal antara Banting , Shah Alam , Klang , Puncak Alam , Kuala Selangor , Setiawan , dan Lumut siap dan dibuka kelak hujung 2019.

Siapa Suka Dengar Perkataan Banting ?
Perumahan di Banting ?
Bersara Di Banting ?
Banting sebagai kawasan pelaburan Hartanah ? What ?
.
” Akak bukan tak nak beli dik , tapi Banting tu dengar macam Jauh Sangat je tu ”
.
” Nak landed bawah RM300,000 area Salak Tinggi ada tak ?”
.
Banting ni tak menarik langsung !! Lagi pun ni je kelebihan Banting korang pun fikir 3-4 kali nak beli area sini :

 
Jangan terkejut sangat hehe korang pun sedar lokasi KLIA ni tengah-tengah Banting dengan Salak Tinggi. Kenapa sana lagi mahal harga hartanahnya , jaringan akses laluan utara selatan yang banyak menyumbang kepada kenaikan harga Nilai dan Salak Tinggi.
Kenapa Banting masih murah ? Kerana , di banting kebanyakan pemaju adalah pocket developer yang mengusahakan tanah 3 ekar ke bawah. Salak tinggi dah kira township yang besar , Jadi korang rasa harga rumah di Salak Tinggi boleh turun tak ? Think Again.

Seperti di maklumkan pembinaan WCE banyak membantu kepesatan di Bandar Banting.Selain itu terdapat juga KLIA Extension yang akan menghubungkan anda ke Highway Elite. Dalam 4 Min memandu sampai dah ke ELITE Highway. Jadi dari Banting nak ke Shah Alam – Kajang – Puchong – Putrajaya – Cyberjaya – Kajang , bolehlah menggunakan lalulan ini tak sampai 30 min pun.

Admin rasa ni tak perlu ulas panjang2. Cukup sekadar korang bayangkan umur korang dah 60-70 tahun , loan rumah ketika itu telah selesai .Rumah anda sendiri , bertanah , anak dan cucu datang pun tak ada masalah parking pun luas. Ada tak yang nak bersara di hutan konkrit bandar. ?

Harga sekaki ni Penting !! Penting !! Penting !!. Sama penting macam lokasi perumahan.Harga sekaki ni korang boleh darab dengan saiz tanah sq.ft untuk dapat anggaran harga rumah dijual. Kenapa di Banting murah ? Seperti admin katakan sebelum ini , Banting adalah kawasan kampung jadi itulah sebabnya harganya murah walaupun jarak lokasi ke Klia hampir sama ke KLIA- Salak Tinggi.

Admin ada 3 projek di Banting yang dijual pada harga yang tak masuk akal.Korang yang bekerja di KLIA dan Shah Alam tu jangan lepaskan peluang ini ya .