Presint 5 Kawasan Pelancongan Dalam & Luar Negara

Front View Pullman Putrajaya

Sesiapa yang bekerja atau tinggal di Putrajaya mesti kenal punya dengan hotel Pullman yang terletak di Presint 5. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini mempunyai 2 lagi rangkaian hotel berkonsep yang sama di Bangsar dan Jalan Conlay. Dengar namanya sahaja cukup untuk kita gambarkan kawasan sekitar pullman ni macam mana.

Heriot Watt Univerisity Putrajaya Campus

Bukan main lagi design Heriot Watt University ni yang terletak 300 meter dari hotel pullman. Masa admin datang ,banyak mat salleh duduk dekat tangga utama , jadi bukan calang-calang orang nak masuk belajar sini. Itu rumput betul dari level atas sekali turun ke bawah ikut curvature design bumbung. Rata-rata students disini menyewa di Cyberjaya.Kalau korang nak tahu Putrajaya ni dipenuhi dengan rumah penjawat awam (PPA1M). Perumahan jenis bertingkat seperti Apartment Servis dan kondominium kebanyakannya terletak di kawasan IOI Putrjaya , Presint 15 , Presint 11 dan Presint 8.

Peter Besenyei of Hungary flies in front of the Putra Mosque during a demo flight to announce the return of the Red Bull Air Race World Championship 2014 in Putrajaya, Malaysia on October 7, 2013.

Siapa yang ingat  pertunjukan air race Redbull di Putrajaya 2014. Admin lihat sendiri pertunjukan ni dari bawah Jambatan Persiaran Perdana. Masa ni baru admin tahu kewujudan Marina Putrajaya yang teletak sebelah kiri pullman hotel ( Marina – Pullman – Heriot Watt). Kesemua kapal terbang ringan ini akan mendarat di Putrajaya Recreational Airport sebelah Marina juga.Banyak kapal-kapal mewah ada sekitar Marina dan aktiviti berkaitan dengan air pun dijalankan disini juga pada hari minggu.

Apa lagi yang ada di Presint 5 Putrajaya

Korang rasa Marina , Pullman , Heriot Watt tu biasa-biasa sahaja ? Tak rasa best pun sebab tak ada shopping mall dekat Presint 5. Tak rasa tempat ini sesuai untuk dibuat pelaburan jangka panjang ?. Admin nak tambah 1 lagi landmark Presint 5. Yang ini kalau korang tak kenal lebih baik jangan ada smartphone canggih2 hehe rugi buat layan wechat je.

PICC ( Putrajaya International Convention Centre)

Banyak event2 antarabangsa dijalankan disini. Convention Centre terbesar di Malaysia. Ada event besar , majlis perasmian  , mesyuarat koperat dan sebagainya. Mat salleh atau expart yang datang Putrajaya mesti disebabkan terlibat dengan perjumpaan atau upacara rasmi di PICC.

PICC from Aerial View

Presint 5 bagi admin adalah kawasan yang sesuai untuk mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah. Orang luar yang datang ke PICC selalunya akan tinggal di Pullman Putrajaya ataupun Dorset hotel. Tapi kebanyakan mereka lebih suka untuk tinggal di dalam suasana seperti rumah sendiri yang lebih murah. Perkataan Airbnb tidak asing bagi mereka selalunya mereka dah siap-siap cari sebelum datang ke sini. Disebabkan tiada apartment yang menyediakan Airbnb di presint 5 , mereka terpaksalah duduk di Hotel sekitar Putrajaya yang jarak dalam lingkungan 3 km dari PICC.

Ouh ya jangan lupa admin ada nyatakan tadi , student Hariot Watt kebanykan duduk di Cyberjaya. Kalau ada perumahan apartmeny service di Presint 5 agak-agak mereka nak lagi ke menyewa di Cyberjaya .